Saturday 20 July 2013

puisi buatmu

sayang...

kenangan antara kita terpahat kemas dlm ingatan
dunia ini hnya ada kita berdua
tak perlukan pelakon tambahan buat kita rasa bahagia
antara kau dan aku watak utama dalam cerita kita

sayang...

hari-hariku terasa indah bila kau bersama
hari-hariku sepi bila kau jauh dariku
aku rindukan bebelanmu
aku rindukan teguranmu
aku rindukan senyumanmu
aku rindukan segala2nya tentang kau dan kita

sayang...

kurelakan segala jiwaku kau miliki
kubiarkan kau huni hatiku
tidak ada satu nama pun terukir selain dari namamu
jangan pernah risau
kerna aku takkan berpaling pada yang lain
selepas dirimu tiada seorang pun layak menghuni hatiku ini
andai kita tiada jodoh akan kubiarkan hatiku dan jiwaku mati buat slama2nya

sayang...

doaku agar kau sentiasa bahagia dan gembira
cukuplah dulu hidupmu dipenuhi kesedihan dan kecewa
berbahagialah sayang kerna setiap orang berhak untuk rase bahagia
selagi kita bersama kau sudah kuanggap tanggungjawabku
aku cube menjadi yang terbaik buat dirimu
maafkan segala kekhilafan ku andai tanpa sedar kulukai hatimu